Sunday, 17 July 2011

Diari Minggu Ini

Sebenarnya aku  agak teruja untuk menulis di sini pada waktu ini. Ini kerana selama ini  aku tidak pernah memberikan perhatian khusus berkaitan “Blog” apatah lagi memilikinya. Biarpun terkadang semasa aku melayari internet, aku  “tersinggah” di blog-blog mereka yang telah lama berkecimpung tetapi aku sentiasa abaikan. Entahlah! Mungkin aku tidak berminat, atau mungkin aku tidak ada pengatahuan tentang Blog, atau aku merasakan ianya tiada kebaikan.
                Tetapi pada hari ini, aku telah diperkenalkan oleh En. Zulkifli (pensyarah IPG, Kampus Sultan Mizan) mengenai dunia blogger, aku tiba-tiba menjadi berminat. Sebenarnya aku sedang mengikuti KDP 4 Minggu : MBMMBI (Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajara Bahasa Melayu Melalui Teknologi Maklumat), "Membina Blog" merupakan salah satu modul yang harus dipelajari dalam kursus ini. Terima kasih diucapkan kepaada En. Zulkifli. Sekarang aku berada pada peringkat ‘cuba-cuba’, banyak lagi perkara yang harus aku pelajari jika aku ingin terus terlibat dengan dunia “blogger”.
                Kepada rakan-rakan atau mungkin kepada pembaca yang ada kemahiran ini, aku amat memerlukan tunjuk ajar kalian. Mudah-mudahan kita dapat berkongsi apa jua pengetahuan berkaitan ‘blog’
Sekian, terima kasih.

2 comments: